Kalau nak aku translate secara bulat-bulat,"Dibelakang setiap lelaki yang hebat, terdapat sebuah kehidupan yang hebat!",kan? Well,kalau kauorang kata itu salah,maknanya kau orang punya masalah dengan Bahasa Inggeris lah. Itulah aku dah cakap,jangan asyik hafal lagu Nirvana saja waktu muda-mudi dulu,kan dah susah sekarang..
Minta maaflah kalau aku sudah lama tidak naik-tarikh Mélastik Bintang™ ni. Al-maklumlah,sekarang aku agak sibuk. Weekly report tertangguh sejak dari minggu 14 lagi. Bayangkanlah bagaimana setiap masa aku memerah otak untuk mengingati semula setiap aktiviti yang aku lakukan setiap minggu bermulalah dari 2 bulan yang lepas. Aduh,pusing kepalaku memikirkannya. Termasuklah aktiviti mengular,exercise kaki ke pusat membeli belah sekalian alam..
Walaubagaimanapun,oleh kerana aku sedang tensyen sedikit,aku mahu berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan aku currently,secara ringkas dan padat,serta penuh informasi. Jeng jeng jeenngg~
What does this great man has in his great life :
1) A legend Nikon D70 DSLR,AF-S Nikkor 18-135mm 1:3.5-5.6G ED,Sunpak PZ42X Speedlite,Suntax AF38N Speedlite and Steinzeiser SZ-16 Tripod.
2) A compact FTec 9031LA 13' Notebook,Intel Core Duo 2.33 GHz,1.00Gb DDR2 RAM.
3) Two stylish cellphones,Nokia N70 and Nokia 2610 Classic.
4) A speedster 1986 Daihatsu Charade Turbo G11,3-cylinder 1.0 L CB23.
5) A trendy Philips GoGear MP3 Player.
6) A very supportive,cheerful and happening family consist of father,mother and three younger brothers.
and last but not least..
7) A lovely,beautiful,sweet young lady,who has been so supportive,giving support regardless of time and effort,whom I love the most in my life. <3
Terima kasih Ya Allah atas sebuah kehidupan yang bahagia dan sempurna ini... :)
behind every great man, lies a great life!
sembunyi.
Setiap orang ada hal yang mereka prefer untuk sembunyikan. Sembunyikan daripada ibubapa,kaum keluarga,orang tercinta mahupun kawan seperjuangan. Aku percaya,walau apa pun sebabnya seseorang itu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang lain,sedikit sebanyak pasti hal tersebut ada berkaitan dengan orang yang mereka sembunyikan perkara itu. Betul bukan?
Aku tidak suka bersembunyi. Hal,diri,kebolehan diri,kemampuan. Kalau boleh mahu saja aku tunjukkan semuanya pada dunia. Biar mereka tahu aku,kenal diri aku,sedar akan kemampuan aku. Tapi apakan daya,tak semua bahagian pada diri aku ini baik dan menarik untuk ditonjolkan. Aku juga kurang senang jika orang menyembunyikan sesuatu daripada aku. Kurang senang kerana aku tahu,jika seseorang itu menyembunyikan sesuatu daripada aku,pastilah perkara itu ada kaitannya dengan aku,bukan? Atau mahu menjaga hati juga mungkin..
Sebetulnya,kalau kau jujur dan ikhlas,pasti tiada apa yang kau akan sembunyikan daripada pengetahuan orang ramai,betul? Tidak,aku tidak mengatakan bahawa orang yang menyembunyikan sesuatu itu tidak jujur,tidak ikhlas mahupun ada niat tidak baik. Tidak tidak. Cuma ada sesetengah orang yang jenisnya berperasaan ragu-ragu. Contohnya,kalau aku tahu dan perasan seseorang itu cuba menyembunyikan sesuatu daripada aku,aku akan secara tidak sengaja merasa ragu-ragu dan mulai bimbang. Bimbang entah-entah aku secara tidak lansung terlibat dalam hal yang disembunyikan itu..
Aku sedang cuba untuk membuang sifat-sifat buruk itu. Memang betul kata rakan-rakan. Ujar mereka,aku punya raga keraguan yang melampau terhadap orang disekeliling aku. Aku tidak tahu mengapa,tetapi perasaan kurang keyakinan terhadap diri sendiri ini yang telah menyebabkan rasa itu datang. Alhamdulillah,sekarang aku sedang berusaha memperbetulkan kelemahan aku itu. Aku berterima kasih kepada si dia yang istimewa kerana bertahan melayan karenah aku. Dia sangat membantu aku. Tampak seperti dia sudah biasa,namun jauh disudut hatinya aku tahu,kekadang dia juga berasa bingung dengan perangai aku ini..
Mengenai post sembunyi aku kali ini,apa yang aku mahu katakan ialah,kalau kau rasa seseorang itu kurang senang dan telah mengesan bahawa kau sedang menyembunyikan sesuatu,berhenti sajalah daripada terus menyembunyikan. Mungkin sukar untuk kau menerangkan hal itu kepadanya namun janganlah menyembunyikannya sampai bila-bila. Cubalah slowtalk untuk menerangkan situasi yang sebenar kepadanya,ya? Ini nasihat kepada diri aku sendiri juga. Kerana aku pun ada perkara yang aku sembunyikan. Namun lambat laun aku akan cuba untuk menperjelaskannya juga...
p/s: ini bukan post raya,jadi someone kena buat apa yang saya suruh nanti. :)
7:24 pm, 26/9/2009.

Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu..
Melepasi angkasa cinta ku..
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu..
Ianya seperti suluhan yang terang..
Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu..
Mengingkari dalaman akal mu..
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu..
Anggun wajahmu, pelita yg terang..
Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah..
Memanah masuk hatiku yang reti..
Setelah kau nampak tetap ku masih menurutkan erti hidupku..
Yang mahu bersama kau buat selamanya..
Hatiku mahu mu..
Rupa mu..
Masih masih masih masih...
Kau terindah..
Masih ada..
Yang tercantik..
Itu kamu..
p/s: love you so much macik~
oh,mejelisnya dia.

Aku ke kerja seperti biasa. Tepat jam 8,aku sudah berada ditempat duduk yang sama aku duduki semalam. Tiada apa yang istimewa. Cuma yang istimewanya,hari ini aku akan pulang dan hujung minggu ini aidilfitri mulia,itu saja. Kelmarin aku resah. Tiket pulang ke kampung halaman tiada dan rakan pula membatalkan trip perjalanan pulang yang telah dirancang awal seminggu sebelumnya. Runsing juga memikirkan. Namun,aku percaya,ada hikmahnya pembatalan itu berlansung..
Aku berbuka di KL Sentral sementara menantikan perjalanan tren KTMB yang dijadualkan bertolak tepat jam 8. Penat aku menunggu,tren ditunda perjalanannya hampir 2-3 kali juga. Sekali lagi aku bersabar. Sekali lagi aku bertekad,dugaan ini pasti ada ganjaran lumayan dipenghujungnya. Tren tiba dan aku segera belari-lari anak mendapatkan gerabak Q1 dan tempat duduk 9A. Selang kemudian,seorang gadis datang dan duduk ditempat duduk 9B. Ayu gayanya. Lengkap berbaju kurung mengusung bagasi besar yang tampak penuh dengan barang-barang. Aku tersenyum saja menyambut ketibaan gadis itu ketempat duduknya..
Tren bertolak,dan aku pun mulalah membuat hal aku sendiri. Si gadis pun begitu juga. Menggodek-godek telefon bimbitnya dan sekali sekala tampak hampa dengan suasana sunyi tak berseri yang sedang menyelubungi. Jauh disudut hati aku,terlintas niat untuk menegur si dia. Akan tetapi,semakin hampir untuk aku melaksanakan niat tersebut,semakin kencang pula jantung bergedup. Namun,melihatkan si gadis yang begitu sepi dan agak murung,aku memberanikan diri memulakan perbualan. "Masih belajar lagi kah?" ujar aku. Si gadis memberi respons dan berbual lah kami sepanjang malam..
Seronok berbual dengan si gadis. Si gadis yang pada awalnya tampak seperti garang sebenarnya seorang yang lembut hati dan peramah rupanya. Makin kerap kami berbicara,makin rancak perbualan,makin terserlah sifat peramah dan happy-go-lucky si gadis. Terpampang senyuman manis milik si gadis. Terubat juga rasa mengantuk yang sedang menguasai aku pada waktu itu. Selang beberapa jam kemudian,si gadis tampak penat dan mengantuk. Aku pun begitu. Jadi terhentilah perbualan seketika untuk memberikan laluan kepada waktu tidur yang sedang berkumandang..
Sedar dari jaga dan lena,tren sudah semakin hampir ke Butterworth. Aku sedar,sudah tidak ada banyak masa untuk aku terus beramah mesra dan mengenali si gadis. Aku meminta nombor telefonnya. Rasa segan yang pada mulanya ada,sudah lari entah kemana. Rasa ingin kenal dengan lebih rapat,rasa intuisi pula yang sedang berasa dibarisan hadapan. 10 digit nombor telefon yang diberikan si gadis,dibalas dengan 10 kali seri senyuman dibibirku. Seturunnya kami dari tren,aku memulakan langkah menuju ibunda yang sedang menunggu dihadapan pintu masuk. Kelibat si gadis mulai kabur sedikit demi sedikit. Akhirnya,hilang. Sedih rasa dihati namun aku percaya,satu hari nanti aku akan ketemu si gadis lagi. Aku pasti...
p/s: maksud mejelis? carilah dalam kamus dewan ya~
peristiwa istimewa dihari istimewa.
Pagi tadi sedang aku menyusuri kedai Bally dan Prada sewaktu ingin masuk kerja,seorang gadis menyapa aku. Tersentak,aku melepaskan cengkaman earphone dari telinga untuk mendengar si gadis berbicara..
Gadis : Nanti kirim salam dekat Ajim ya?
Jejaka : Ajim? (kebingungan)
Gadis : Alah,Ajim kawan kau tu,yang pakai celak dimata tu.. (sambil menunjukkan kedua-dua jari telunjuknya dimatanya sendiri)
Untuk melanjutkan perbualan,aku pun berpura-puralah seperti mengenali siapa Ajim yang si gadis sebut-sebutkan tu..
Jejaka : Ohh,Ajim~ Okey2,boleh boleh. (sambil tersenyum)
Gadis : Kontrak sampai bila?
Jejaka : Hmm,sampai tahun depan.
Gadis : Hmm,kau kenal aku tak ni?
Waktu ini,aku rasa seperti si gadis sudah tahu yang beliau sebenarnya sudah tersalah orang. Aku sendiri pun sudah tak tahu lagi bagaimana mahu terus berpura-pura,lantas aku pun berterus terang sajalah..
Jejaka : Hmm,macam tak~ (sambil tersengih)
Gadis : (sambil menunjukkan tag namanya) Ni aku lah~ Dulu aku pakai tudung,sekarang tak.
Fikirku,mungkin si gadis kali ini betul-betul fikir aku kenal Ajim. Memandangkan orangnya comel,maka aku seraya meneruskan berpura-pura. Manalah tahu,dihulur pula nombor telefonnya nanti kan..
Jejaka : Ohh,patutlah tak berapa nak perasan,dah tak pakai tudung~
Gadis : Alah,kan aku kerja dekat studio~
jejaka : Ohh,haa. Betul betul~
Sedang kami menuju ke pintu masuk Menara 1,si gadis mengubah laluan kearah pintu masuk gimnasium yang terletak disebelah kiri kami pada waktu itu..
Gadis : Okeylah,bye bye~
Jejaka : Okey,bye bye~
Sememangnya aku tidak kenal akan Ajim yang si gadis sebutkan tadi. Tetapi,aku layankan saja takut-takut dikatanya sombong pula nanti. Fikirku,ada pelanduk dua serupa yang berhampiran kah? Atau si gadis berniat untuk berkenalan dengan aku dan menggunakan cara tersebut untuk mula berbual dengan aku? Entahlah. Aku pun terus masuk melepasi pintu palang dan menuju ke aras 18 dengan rasa pelik bercampur teruja. Peristiwa istimewa dihari istimewa...
p/s: namanya Shofiah. gaya bahasanya seperti Sabahan or Sarawakian. patutlah comel~

